Wednesday, May 5, 2010

DUF 2213 AQIDAH ISLAMIAH

Minggu 1:
Pengertian Akidah Islamiyah
-Definisi Akidah
-Definisi Islam
-Hukum dan faedah mempelajarinya

Minggu 2:
-Kelahiran dan Perkembangannya
-Sumber-sumber Akidah Islamiyah
-Akidah-akidah yang terdapat di dalam al-Quran

Minggu 3:
-Perbincangan dalam Akidah Islamiyah
-Beriman kepada Allah
-Tauhid Uluhiyyah
-Tauhid Rububiyah
-Tauhid af’al, asma’ wa al-sifat.

Minggu 4:
-Beriman kepada Malaikat
-Dalil-dalil ‘aqli dan naqli
-Nama-nama dan tugas-tugas

Minggu 5:
-Beriman kepada Rasul
-Perbezaan antara rasul dan nabi
-Mukjizat-mukjizat

Minggu 6:
-Tugas rasul dan nabi
-Keperluan kepada rasul
-Konsep nabi terakhir (khatim al-nabiyyin)

Minggu 7:
-Beriman kepada Kitab
-Konsep wahyu di dalam Islam (Wahyu al-matlu dan wahyu ghair al-matlu)
-Kitab-kitab Samawiyah

Minggu 8:
-Kesahihan kitab-kitab terdahulu dari al-Qur’an.
-Al-Qur’an sebagai penyempurna segala kitab dan syari’at.

Minggu 9:
-Beriman kepada hari kiamat
-Konsep hari kebangkitan semula
-Nama-nama dan tanda-tanda kiamat (Tanda-tanda kecil dan besar)

Minggu 10:
-Alam Kubur
-Padang mahsyar
-Sirat al-Mustaqim

Minggu 11:
-Beriman kepada qada’ dan qadar.
-Definisi Qada’ dan Qadar
-Konsep Qada’ dan Qadar di dalam Islam

Minggu 12:
-Kesan Qada’ dan qadar ke atas kehidupan manusia.
-Pengertian : Bahagian Baik dan Buruk
-Salah faham terhadap konsep Qada’ dan qadar

Minggu 13:
-Konsep Khalifah Allah
-Konsep Taklif
-Pengertian : Konsep Pahala (ganjaran) ke atas orang yang taat perintah Allah
-Pengertian : Hukuman (siksaan) ke atas orang yang melakukan dosa, mati sebelum bertaubat.

Minggu 14:
-Konsep Ibadat
-Ibadat Am, Ibadat Khas
-Fardhu Ain, Fardhu Kifayah

Rujukan Utama
1.Al-Ghazali Abu Hamid, Al-Iqtisad Fi Al-'Itiqad Kaherah 1971
2.Al-Hanafi bin Abi al-Iz Sharh al-Aqidah al-tahawiyah Beirut : 1988
3.Al-Qari Al-Mulla Ali bin Sultan Muhammad Sharh al-Fiqh al-Akbar Beirut : 1997
4.Ayub Hassan, Tasbit al-Aqaid al-Islamiah Riyad 1994

Rujukan tambahan
1.Muhammad Hasan Mahdi Bakhit , Riyad al-Aqidah al-Islamiah Kaherah
2.Abdul Qahir al-Baghdadiy, Usuluddin
3.Fahr al-Razi Azzamat al-Anbiyai

DUF 2423 TASAWUF

Minggu 1 :
Pengertian tasawwuf.
•Definisi,.
•Suff
•Saff
•Safanah

Asal usul•Al-Qur’an dan al-Sunnah
•Konsep mengikuti al-Sunnah (Itba' al-Sunnah)
•Athar dan amalan-amalan para sahabat

Minggu 2:
Ruang lingkup tasawwuf
•Konsep manusia dalam al-Qur'an
•Hati, ‘aql dan nafs dalam al-Qur'an
•Tingkat nafsu dalam al-Qur'an
•Pembersihan jiwa mengikut al-Qur'an

Minggu 3:
Perkembangan tasawwuf.
•Zaman pra-kenabian
•Zaman Nabi (s.a.w).
•Zaman Sahabat dan tabi’in
•Zaman selepas tabi’in dan tabi’ tabi’in.

Minggu 4:
Memperkrnalkan sifat-sifat mahmudah dan kelebihannya seperti Tobat Sobar, Syukur, Al-Khauf, al-Taqwa, Al-Tawwakul, al-Mahabbah, Al-Ridha dan lain-lain.

Minggu 5:
Sifat-sifat Mazmuma dan keburukannya seperti gopoh gapa, tergesa-gesa, fitna, menipu, hasad dan dengki dan lain-lain dan cara-cara menjauhkan diri dari sifat-sifat yang dibenci oleh Allah.

Minggu 6:
Pengaruh Tasawwuf dalam agama Hindu, budza, kristian, Yunan

Minggu 7:
Cara membersihkan diri dan jiwa dari segala perkara yang dibenci oleh Allah dan pentingnya sentiasa membersihkan diri melalui Ibadah dan Zikir Allah dan lain-lain.

Minggu 8:
Muhasabah diri dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangannya.

Minggu 9:
Tasawwuf Ishraqi
•Konsep tuhan cahaya
Tokoh
•Suhrawardi maqtul
•Mulla Sadra

Minggu 10:
Tasawwuf Falsafi wujudi.
•Konsep wahdat al-wujud
Tokoh
•Ibn ‘Arabi
•‘Abd al-Karim al-Jili
•Hamzah Fansuri

Minggu 11:
Tasawwuf Shuhudi
•Konsep Wahdat al-shuhud
Tokoh
•Shaykh Ahmad Sirhindi
Pengharmonian diantara tasawwuf wujudi dan Shuhudi
•Shah Waliyullah al-Dihlawi.

Minggu 12:
Konsep maqam dan hal dalam tasawwuf
•Taubat
•Sabr
•Shukr
•Tawakkal
•Rida

Minggu 13:
Amalan-amalan dalam tasawwuf.
•Zikr
•Bai'ah
•Shaykh
•Murid
•Silsilah
•Ijazah

Minggu 14:
Tasawwuf dan ajaran sesat
•Ahmadiah/Qadiani
•Bahai
•Arqam
•Khalidiyyah
•Abu Bakar Bappu

Rujukan Utama
1.Abu Ishaq Muhammad al-kalabadhi, Al-T’arruf li Madhhab ahl al-Tasawwuf, Cairo, 1960
2.Abu al-harith Asad al-Muhasibi, Al-Ri’ayah li huquq Allah, London, 1940
3.Abu Nasr al-sarraj, Kitab al-Luma’,e.d. R.A Nicholson, London, 1914
4.Abu Hamid al-Ghazali, Ihya’ ulum al-Din, 4 vols, Cairo, 1968

Rujukan tambahan
1.Muhammad Abdul Haq Ansari, Sufism and Shari’ah: A Study of Shaykh Ahmad Sirhindi’s effort to reform Sufism, Leicester, 1986.
2.Muhammad Zakariya al-Kandahlawi, al-Shari’ah wa al-Tariqah, al-Qahirah: Dar al-Rashad, n.d.

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

1.SOLAT SUBUH,
Yang mula-mula melakukannya ialah nabi Adam .a.s,iaitu ketika beliau keluar dari Syurga lalu dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihat oleh beliau ialah kegelapan dan ini membuatkannya takut.
Apabila fajar Subuh terbit,nabi Adam terasa sedikit kelegaan lalu bersembahyang 2 rakaat,kerana:
a. Bersyukur terlepas dari kegelapan malam
b. Bersyukur kerana siang menjelma

2.DZUHUR,
Nabi Ibrahim a.s.mula-mula melakukan solat Dzuhur ,iaitu ketika Allah memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya nabi Ismael a.s.

Perintah itu datang tatkala gelincir matahari,selepas itu nabi Iberahem sujud, kerana:
a. Bersyukur bagi penebusan anaknya
b. Dihapuskan kedukaan anaknya dan dirinya
c. Memohon keredhaan Allah
d. Bersyukur kerana qurbannya(anaknya Ismael) ditukar dengan Kibasy

3.ASAR
Nabi Yunus a.s. yang pertama melaksanakan Solat Asar,iaitu ketika Allah mengeluarkan beliau daripada perut ikan paus,yang memuntahkan beliau ditepi pantai ketika masuk waktu Asar,berikutan itu belaiau bersyukur kerana terselamat daripada ujian itu lalu solat empat rakaat,kerana:
a. Deselamatkan oleh Allah atas kesalahan meninggalakan kaumnya.
b. Kegelapan laut
c. kegelapan berada dalam perut ikan.

4.MAGHRIB
Nabi Isa a.s. adalah menusia pertama yang melakukan Solat Maghrib,iaitu ketika beliau dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohna kaumnya,ketika matahari terbenam.
Nabi Isa bersyukur dengan bersolat tiga(3) rakaat kerana :
a. Dikeluarkan dari kejahilan kaumnya
b. Menafikan ke Tuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
c. Menafikan tuduhan dan tomohan keatas Ibunya,iaitu melakukan Zina
d. Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya Satu(1) iaitu Allah yang Maha Esa.

5.ISYAK
Nabi Musa a.s. adalah manusia mula-mula melaksanakan Solat Isyak.ketika itu beliau tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan dan dalam dadanya dipenuhi keduakaan,Allah melenyapkan kedukaan itu pada waktu Isyak,lalu Nabu Musa a.s. bersolat empat(4) rakaat tanda bersyukur. Empat kedukaan itu ialah:
a. Berdukacita terhadap Isterinya yang sedang mengandung dalam keadaan gelap
b. Berdukacita terhadap saudaranya Harin a.s.kerana tidak dapat menghalang kaumnya menyembah anak lembu
c. Berdukacita terhadap Firaun dan kaumnya yang tenggelam
d. Berdukacita terhadap anak Firaun yang muslimah itu.

HUKUM DAN CARA MENGGERAK-GERAKKAN TELUNJUK DALAM SOLAT

Dibawah ini saya akan mengemukakan pandangan para Ulama, tentang cara menggerakan jari telunjuk kanan pada saat tahiyat dalam Solat.

Sekiranya kita perhatikan, Saat duduk tasyahhud dalam solat,kita akan mendapati bukan semua orang menggerakkan jari telunjuk dengan cara yang sama. Ini disebabkan kerana perbezaan Ulama, dalam memahami maksud Hadith,perbezaan ini berlaku sejak zaman Tabi,in dan Ulama mazahib fiqh.

Perbezaan ini bukan, sahnya atau tidak sahnya solat seseorang dan tidak juga menyebabkan sesatnya seseorang,kerana perbezaannya hanya dalam perkara furu, iyah, yang masing-masing mempunyai dalil hadith dari Rasulullah .SA.W.

Adapun hadith yang difahami berbeza-beza oleh Ulama, adalah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar seperti berikut:

عن ابن عمر رضي الله عنهما " ان رسول الله صلي الله عليه وسلم : اذا قعد للتشهد وضع يده اليسري علي ركبته واليمني علي اليمني وعقد ثلاثا وخمسين واشار بأصبعه السبابة " رواه مسلم .

Mafhumnya: Dari Ibnu Umar R.A.bahawa Rasulullah S.A.W.” ketika duduk untuk tasyshhud,beliau meletakkan tangan kirinya diatas lutut kirinya dan tangan kanannya diatas lutut kanannya dan membentuk angka lima puluh tiga(53) dan memberi isyarat(menunjuk)dengan jari telunjuk kanannya:”(HR Muslim)

Yang dimaksud dengan membentuk angka limapuluh tiga(53) adalah suatu isyarah dari cara menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah disebut angka tiga(3) dan meletakan ibu jari berada diatas jari tengah dan dibawah jari telunjuk.

Adapun penyebab terjadinya perbezaan pendapat dikalangan Ulama fiqah mengenai cara isyarah dengan jari telunjuk ketika tasyahhud,apakah digerakkan atau tidak(diam) saja, dan bila masa digerakkan ? kerana ada hadith yang sama dengan hadith diatas tetapi teks(matannya)ada tambahan iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang sohabat namanya Wail RA, yang berbunyi:”

ثم رفع أصبعه فرايته يحركها يدعو " رواه احمد

Artinya kemudian beliau mengangkat jari telunjuknya dan menggerak-gerakkan sambil berdoa.”(RH.Ahmad)

Manakala hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Zubaer RA. :

ان النبي صلي الله عليه وسلم كان يشير بأصبعه اذا دعا لا يحركها " رواه ابوداود والنسائي.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. memberi Isyarat(menunjuk)dengan jari telunjuknya ketika beliau berdoa(tasyahhud) dan tidak menggerakkannya(HR.Abu Daud dan al-Nasai).

Dari hadith diatas para ulama,fiqah sepakat bahawa meletakkan kedua tangan diatas lutut ketika tasyahhud hukumnya adalah Sunnah, namun mereka tidak sependapat dalam hal menggenggam jari- jari dan berisyarah dengan jari telunjuk,seperti pandangan yang dikemukakan oleh : Alawi Abbas al-Maliki dalam kitab “Ibanahtul Ahkam,Syarh Bulughul Maram dan al- Juzaeri, kitab al-Fiqh Ala-Mazahib al-Arba,ah.

1- Menurut Ulama fiqah Mazhab Hanafi, mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud dilakukan pada saat membaca lafadz لااله ” Iaa Ilaha” untuk menunjukkan bahawa tidak ada Tuhan, dan meletakkannya kembali pada saat membaca lafadz”إلا الله Illa llah” untuk menegaskan dan menunjukkan ke-“Esa-an Allah”Maksudnya,ketika mengangkat jari telunjuk,berma,na tidak Tuhan yang berhak disembah,manakala ketika meletakan telunjuk berma,na ke-Esa-an Allah., ini pandangan mazhab Hanafi.

2- Mazhab Maliki, berpendapat ketika saat tasyshhud semua jari-jari tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk dan ibu jari dibawahnya lepas, kemudian menggerak-gerakkan secara seimbang jari telunjuk ke kanan dan ke-kiri.

3- Mazhab al-Syafeei, menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah,kemudian memberi Isyarat(menunjuk) dengan jari telunjuk sekali sahaja iaitu ketika lafadz الآ الله)”(Illa llah” diucapkan.

4- Mazhab Ahmad (Hamabli) menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah dengan ibu jari,kemudian memberi Isyarat(menunjuk) dengan jari telunjuk ketika lafadz (الله)“Allah” diucapkan dalam tasyahhud dan doa.

5-Manakal Syekh al-Bani dalam kitab” Sifat solat Nabi S.A.W. mengatakan bahawa menggerakkan jari telunjuk dilakukan sepangjang membaca lafadz “Tasyahhud”
وقال البيهقي : يحتمل ان يكون مراده بالتحريك الإشارة حتي لا يعارض حديث ابن الزبير .

Imam al-Baehaqiy,menerangkan bahawa maksud hadith yang menyatakan “jari telunjuk digerak-gerakkan ketika tasyshhud adalah isyarat(menunjuk) bukan mengulang-ulang gerakannya,agar tidak bertentangan hadith Ibn zubaer yang menyatakan “tidak digerakannya jari telunjuk tersebut. Hikmah memberi Isyarat dengan satu jari telunjuk ialah untuk menunjukkan ke-Esa-an Allah dan kerana jari telunjuk yang menyambung ke hati sehingga lebih mendatangkan kekhusyu,an dalam sembahyang.

Benarkah Pologami Bukan Bermula Dari Islam?

قال الله تعالي : فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثني وثلاث ورباع" النساء 3
Mafhumnya : Nikahilah yang baik bagi kamu dari perempuan ,2,3,4. S,al-Nisa, ayat 3

Tulisan ini saya tujukan kepada musuh-musuh Islam yang menuduh ajaran Islam menghina dan merendahkan kedudukan perempuan dengan menggunakan ayat diatas.
Sebelum meneruskan tulisan ini saya bertanya dulu kepada mereka yang menentang ajaran Islam khasnya yang berkaitan dengan tajuk ini.Apakah Islam sahaja membolehkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang ? Atau perkara ini sudah wujud sebelum perutusan Nabi Muhammad s.a.w.?

Yang pasti dalam sejarah bahwa berkahwin lebih daripada seorang wanita dalam satu masa bukan Islam yang memulai bahkan telah wujud sejak zaman dahulu sebelum Islam datang, seperti berikut:

Dalam Taurat kitab Suci orang Yahudi,membolehkan orang lelaki Yahudi berkahwin lebih dari seorang perempuan ,tanpa membataskannya,kecuali kitab tilmud ( syarahan kitab Taurat) membatasinya empat perempuan sahaja dengan syarat lelaki(suami) pasti mampu menanggung keperluan mereka,jika tidak,mereka tidak dibolehkan berkahwin lebih daripada satu sebagaimana yang diamalkan Nabi Allah Ya,qub a.s.

Diberitahukan dalam kitab Sifr al-Takwin,bahwa sesungguhnya Nabi Allah Ya,qub a.s. telah berkahwin dengan anak perempuan Liah 31 tahun ,anak perempuan Rahel 24 tahun ,anak perempuan Balhah 25 tahun dan anak perempuan zulfah 26 tahun dan ada 3 gundi dalam satu masa.

Dalam kitab sefr al-A,dad di beritahukan bahawa Nabi Allah Daud.a.s. mempunyai beberapa isteri dan beberapa gundi , begitujuga anaknya yang disebut Nabi Sulaeman a.s.mempunyai lebih dari seribu isteri.

Undang-undang ini berteursan sehingga ulama, Yahudi mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara ini,dalam mesyuarat tersebut mereka sapakat membatalkan poligami bagi seorang lelaki,peraturan ini termaktub dalam Undang-undang Yahudi yang ke 54 bagi Bangsa Israel. Tidak diperbolehkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang perempuan dan peraturan ini termaktub dalam surat nikah mereka.

Keputusan diatas merupak usaha ulamak yahudi( penyelewengan dari kitab taurat ) yang diturunkan keatas Nabi Musa a.s. Ini dalam syariah Yahudi sekarang.

Agama keristian mengakui kebolahan ber poligami sebagaimana orang yahudi sebelumnya,undang-undang ini berlaku dan tidak ada bantahan darikalangan mereka sehingga kurun 17 dan diharamkan pada tahun 1750M, dengan alasan supaya pemuka agama menumpukan perhatiannya dalam menyebarkan agama kristian tanpa gangguan daripada isteri dan anak-anak,ini peringkat permulaan bagi pendeta kristian,manakala orang awam masih dibolehkan berpoligami dengan syarat isteri yang kedua tidak melalui gereja selepas itu mereka tidak dibolehkan berpoligami tetapi dibolehkan mempunyai beberapa perempuan simpanan, peraturan ini berakhir dan dilarang sejak tahun 970 atas perintah pendeta Ibram al-Surbaniy.

Demikianlah perjalanan dan perlakuan poligami dikalangan agama-agama sebelum kedatangan Islam,ini merupakan penyelewengan dari ajaran kitab Taurat untuk Yahudi dan kitab Injil bagi orang Kristian, dengan alasan untuk menumpukan perhatian dan usaha menyebarkan ajaran mereka tanpa ada gangguan dari isteri dan anak-anak.

Menurut Paulus(pengasas Kesitian katolik sekarang) lelaki yang tak berkahwin merupakan orang yang bersih diri dan jiwa serta dapat menumpukan kerja dan perhatiannya dalam menyebarkan ajaran kristian dan mengutamakan Redha tuhan,manakal lelaki yang berkahwin segala usaha dan kerjanya mengutamakan redha isterinya dan anak-anaknya.

Demikianlah salah satu cara peneyelewengan orang yahudi dan kristian dalam mengubah ajaran agama mereka yang diturunkan keatas nabi Musa a.s. dan nabi Isa a.s.Jika mereka menggunakan logiknya yang waras,tentu mereka akan bertanya, darimana datang anak-anak sebagai pewaris dan penerus sekiranya pernikahan dengan perempuan di haramkan dalam syariat kristian?

Bagaimana cara memenuhi tuntutan syahwa nafs yang Allah anugrahkan kepada manusia kalau bukan melalui jalan dan yang telah di tetapkan oleh Allah Taala dan kemana diletakkan sifat kebapaan dan keibuan jika perkahwinan antara lelaki dan perempuan diharamkan?

PERKAHWINAN DALAM AGAMA HINDU

Agama sangat mengambil berat tentang pernikahan antara lelaki dengan perempuan, sehingga menganggap orang hindu yang memenuhi syarat untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin,maka orang itu merupakan puncak segala keburukan dan orang itu tidak sehat.,kerana hindu yang mati dan tidak pernah berkahwin ruhnya sentiasa berada dalam kebingungan dan merayau-rayau seperti orang yang kena rasuk syaitan.

Dalam kitab hindu yang disebut Mano,iaitu kitab suci bagi orang hindu yang membicarakan tentang syariat mereka,lelaki dibolehkan memaksa seorang perempuan untuk berkahwin dengannya khasnya dalam kasta Kasyteria yang bertanggungjawab tentang keselamatan dan keamanan Negara,seperti polis dan tentera.

Sekiranya seorang suami didapati mandul,maka isterinya dibolehkan mengadakan hubungan dengan suami adiknya(iparnya) dan jika didapati mengandung selepas bersama dengan adik atau abang iparnya,maka anak yang dikandung tetap dibinkan kepada suami yang asal,kerana dia yang punya tanah ,manakala lelaki(iparnya) hanya penyewa sahaja.

Dalam syariat agama hindu ,seorang perempuan boleh mengadakan hubungan dengan beberapa lelaki,khasnya jika lelaki itu adik beradik dengan suaminya, ini merupakan syariat dalam ajaran agama hindu dan masih berlaku hingga sekarang di beberapa tempat atau daerah di India,

Adapun poligami,iaitu lelaki berkahwin dengan beberapa perempuan dalam agama dibolehkan dan termaktub dalam kitab-kitab suci mereka. Masyarakat Hindu mengakui adanya istilah Kasta dalam bermasyarakat,maka setiap kasta hanya dibolehkan berkahwin dengan perempuan yang sama kasta dengannya.

Dalam masyarakat Hindu ada empat(4) Kasta masyarakat iaitu:

1.Berahma ,bertanggungjawab mengenai agama(Ulamak danhukama)
2.Kesyteria, bertanggungjawab tentang keamanan dan keselamatan Negara(tentera dan polis)
3.Wesyiah, bertanggungjawab dalam bidang pertanian,peternakan dan perniagaan.

4.Syudra ,bertanggungjawab mengenai perkhidmatan dan peleyanan,kepada semua kasta diatas,dan mereka tidak boleh menolak apalagi membantah arahan yang datang dari kasta-kasta sebelumnya.

Pembaca yang ingin mengetahui secara terperinci dan mendalam tentang perkahwinan dalam agama hindu,sila rujuk kitab suci mereka yang bernama MANO ,selain kitab veda mereka.

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Allah telah mensyariatkan perkahwinan anatara lelaki dan perempuan dikalangan anak cucu Adam a.s. sebagaimana firman-Nya:

قال الله تعالي " والله جعل لكم من انفسكم ازواجا " النحل 72
Ertinya Sesungguhnya Allah telah menjadikan dari diri kamu(Adam) seorang perempuan(Hawa) sebagai isteri” ayat 72 surah al-Nahl
Sebagai tanda penghormatan bagimu dan kesempurnaan Ni,mat Allah keatas manusia, maka perkahwinan antara lelaki dengan perempuan merupakan pembersih dari segala kekotoran dan kemudaratan samaada jasmani dan rohani.

Dengan perkahwinan merupakan hubungan yang kuat dan kekal antara lelaki dan perempuan dikalangan manusia untuk memenuhi segala tuntutan keperluan dua bela pihak( lelaki dan perempuan) walaupun tanggungjawab mereka berbeza-beza

قال تعالي" هو الذي خلقكم من نفس واحدة وجعل منها زوجها ليسكن اليها" الأعراف 11
Dia (Allah) yang menjadikan kamu dari diri yang satu kemudian daripadanya Allah jadikan isterinya agar ia (lelaki) bersenang hati kepadanya.

Inilah pandangan Islam tentang haqiqat manusia dan tanggungjawabnya terhadap keluarga yang Allah amanahkan keatas mereka.

Islam tidak menghendaki manusia hanya berbakti kepada Allah tanpa menghiraukan hubungannya sesame manusia,bahkan dalam Islam tidak dikenal Istilah al-Ruhban iaitu golongan yang menolak perkahwinan dengan perempuan,kerana berkahwin merupakan sunat Nabi s.a. sebagaimana sabda Rasulu llah s.a.w

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم " من اراد ان يلقي الله طاهرا مطهرا فليتزوج الحرائر"
Mafhumnya , Barang siapa yang ingin bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih hendaklah dia berkahwin dengan perempuan yang merdeka,Sabda baginda lagi

وقال ايضا " النكاح سنتي فمن لم يفعل بسنتي فليس مني وتزوجوا فاني مكاثر بكم الأمم "
Nikah iti merupakan sunatku sesiapa yang tidak mengamalkan sunatku bukanlah dari golonganku,maka berkahwinlah kerana aku berasa bangga jika umatku lebih ramai.
Salah satu yang disyariatkan dalam Islam adalah berpoligami bagi lelaki yang mampu memenuhi syarat,utamanya kejujuran dan keadilan dalam memberi hak masing-masing isteri. Itupun sekiranya isteri pertama ada kelemahan dan kekurangan dalam memenuhi kebutuhan suaminya.

ويقول صلي الله عليه وسلم " من كان ذا طول فليتزوج فانه اغض للبصر واحصن للفرج" اخرجه النسائي
Nabi s.a.w. telah bersabda sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin,hendaklah melakukannya,kerana melalui perkahwinan seseorang boleh menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya , salah satu disyariatkan oleh Islam adalah poligami,jika keadaan memerlukan perkara demikian keatas seorang lelaki.

Perbincangan seterusnya saya akan mengemukakan bukti-bukti bahawa,bukan agama Islam memulai Istilah poligami,dengan dalil,Bahawa bangsa Arab sebelum Islam mereka mengamalkan poligami tanpa batas.

Kerana Islam datang untuk mengatur hal ehawal manusia samaada urusan peribadi atau berkaitan orang awam,maka Islam mengatur perhubungan lelaki dengan perempuan agar tidak ada yang teraniayah dari dua belah pihak,khasnya yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Sebagaimana yang di firmankan oleh Allah taala dalam al-Quran

قال الله تعالي" وان خفتم ألا تقسموا في اليتامي فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثني وثلاث ورباع فان خفتم ألا تعدلوا فواحدة" النساء 3

Mafhumnya, Sekiranya kamu takut tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim,maka kahwinilah perempua-permpuan yang baik bagimu dua,tiga atau empat orang,tetapi jika kamu takut tidak akan berlaku adil,maka kahwinilah seorang sahaja” al-Nisa ayat3.

فقد روي البخاري في الأدب المفرد " أن غيلان بن سلمة الثقفي أسلم وتحته عشر نسوة فقال له النبي صلي الله عليه وسلم اختر منهن اربعا" اخرجه ابو داود .

Diriwayatkan oleh al-Bukhari r.a. dalam Bab al-Adab al-mufrad,bahawa seorang sahabat namanya Ghaelan bin Salamah telah menerima Islam sebagai agamanya,pada masa itu beliau mempunyai 10 isteri sebelum memeluk Islam,maka nabi s.a.w. meminta beliau memelih empat(4) sahaja dari mereka dan yang lainnya kena lepaskan(ceraikan).Demikianlah Islam menetapkan perkahwinan seorang lelaki tidak boleh lebih dari empat perempuan.manakala agama lain,seperti agama hindu masih membolehkan seorang lelaki memeliki beberapa perempuan, bukan itu sahaja bahkan perempuan pun boleh mengadakan hubungan dengan beberapa lelaki selain suaminya khasnya jika lelaki itu adik beradik dengan suaminya.

Islam tidak membiarkan seorang lelaki bekahwin lebih dari seorang permpuan hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya,tanpa menghiraukan keadilan dan kejujuran keatas isteri-isterinya,jika tidak,hak untuk berpoligami tidak ada baginya.

KEADILAN YANG DIMAKSUD ADA DUA:

1.Adil dalam lingkungan keduniaan ,seperti:
a. Adil dan jujura dalam pergaulan (muamalah)
b.Adil dan jujur dalam pembahagian Nafaqah,tempat tinggal,makan minum dan perkara yang berkaitan hubungan suami isteri.
c.Sekiranya seorang lelaki tidak mampu berlaku adil dan jujur dalam perkar diatas maka, lebih baik dia berkahwin seorang sahaja dan melupakan hasrat untuk berpoligami, ini di tegaskan oleh Allah Dalam firman-Nya

فان خفتم ألا تعدلوا فواحدة اوما ملكت أيمانكم ذلك ادني ألا تعولوا " النساء 3

Artinya, Jika kamu takut tidak berlaku adil maka nikahilah seorang sahaja atau pakailah hambah sahaya.. dengan demikian itu lebih dekat kepada tiada aniayah.

2.Adil dan jujur dalam lingkungan perasaan(menjaga hati-hati mereka) jangan sampai ada yang teraniayah juga adil dalam ketaqwaan,tetapi ini diluar kemampuan manusia dan Islam tidak mewajibkan manusia berbuat demikian kerana itu merupak hak Allah. Perkara ini terjadi keatas diri Baginda Rasulullah S.a.w. dimana hati beliau lebih cenderung keatas AIsyah r.ah ,maka nabi pun berdoa:
يقول صلي الله عليه وسلم " اللهم هذا قسمي فيما املك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك" اخرجه ابو داود والترمذي
Ya Allah, Inilah yang dapat aku bagi keatas merekaو aku memohon jangan membebankan aku yang kamu miliki dan aku tidak memiliki.

Oleh itu dalam ayat dan hadith diatas tidak mengharamkan poligami,kerana yang dituntut adalah bersifat adil dan kejujuran dalam membahagi harta keatas isteri-isteri yang ada dibawah tanggungan seorang suami.

3 Islam membolehkan poligami bukan untuk:

a.Memenuhi tuntutan hawanafsu seorang lelaki dan bukan juga untuk bersenang lenang menggunakan harta isteri,ini jika kebetulan isteri itu punya harta,suami tidak berhak mengambilnya sesuka hati.

b.Kita buat perbandingan,sekiranya dihadapan kita ada undang-undang
Membolehkan poligami dan mengharamkan segala perhubungan jenis antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri dan hukuman itu pasti dilaksanakan keatas orang yang melanggar undang-undang itu.

2. Mengharamkan poligami,tetapi membolehkan seorang lelaki menyimpan beberapa permpuan untuk memenuhi kehendak nafsunya dan tidak ada hukuman keatas orang yang melanggar undang-undang itu.

Menurut anda yang mana lebih baik dan lebih adil serta lebih bertanggungjawab keatas diri seorang perempuan daripada dua(2) undang-undang diatas?, Maka jawapan saya,adalah lebih adilyang pertama,kerana lebih menghormati permpuan dan menjaga hak-hak mereka dan hak anak-anak mereka,itulah yang diharuskan dalam Islam.

3.Islam memandang kedudukan masyarakat, samaada individu atau orang awam yang masing-masing menghendaki kebaikan bersama dan mendahulukan kebaikan orang awam daripada kebaikan individu

Dalam Islam ada beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh seorang lelaki yang mahu berpoligami, diantaranya :

1.Perkara yang berkaitan dengan perempuan,(Isteri)seperti :
a. Ibu tunggal (kematian Suami)
b.Janda (bercerai suami hidup)
Ketiga-tiga jenis perempuan diatas,mereka merasa sudah kehilangan nikmat hidup melainkan mencari lelaki yang kaki perempuan atau menjadi isteri kedua,ketiga bahkan keempatpun sanggup.

Untuk menyelesaikan masalah diatas dari segi Aqal lebih baik berpoligami dibolehkan daripada membiarkan mereka lelaki dan perempuan terjerumus kelembah maksiat dan dosa.

c.. Jika isteri tidak boleh beranak (Mandul) sedangkan suami menginginkan anak,maka untuk menyelasaikan masalah ini ada dua cara sahaja :
Samaada diceraikan ( berpisah) dan berkahwin dengan perempuan lain yang dapat memberi zuriat atau kekal sebagai isteri pada masa yang sama mengisinkan suaminya ber kahwin dengan perempuan lain yang boleh melahirkan anak. Cara ini manusiawi dan lebih baik,kerana isteri pertamapun inginkan anak tetapi kerana Allah tidak menghendaki demikian, ketika suaminya berkahwin lain dan apat anak ,maka diapun dapat menghiburkan hidupnya dengan gelak ketawa anak mudunya itu.

Maka ketiga-tiga keadaan perempuan diatas seorang suami dibolehkan berkahwin lebih dari seorang isteri.

2.Perkara yang berkaitan dengan lelaki (suami)

a. Ada diantara lelaki yang terlalu kuat nafs syahwanya,sehingga tidak dapat mengawalnya dengan seorang perempuan sahaja apalagi isterinya jika datang tamu bulanannya( masa khaed),maka dalam keadaan ini lelaki tersebut ada hak untuk berkahwin lagi dengan syarat keadilan pasti dilaksanakan.
b. Pada Zaman.sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki,sedangkan semua perempuan memerlukan lelaki begitu juga sebaliknya,maka untuk menyelesaikan perkara ini ada tiga cara sahaja aitu:

1.setiap lelaki dibolehkan berkahwin dengan seorang perempuan sahaja,yang lainnya tidak dibenarkan mengenal lelaki apalagi suami orang.
2.Setiap lelaki berkahwin dengan seorang perempuan sahaja,pada masa yang sama suami tadi boleh mengadakan hubungan dengan beberapa perempuan lain,jika perempuan itu dapat anak, lelaki tadi tidak bertanggungjawab keatas perempuan dan anak yang dilahirkan,kerana bukan isterinya.
3.Setiap lelaki yang berkemampuan menikahi lebih dari seorang perempuan sebagai isteri yang sah dan bertanggungjawab keatas segala keperluan mereka atas nama suami isteri,sehingga dapat membersihkan masyarakat daripada segala perkara-perkara yang merendahkan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah diatas bumi ini.
Menurut anda yang mana satu dari peraturan diatas lebih baik dan adil serta berperi kemanusiaan yang dapat memberi hak seorang lelaki dan menjaga kehormatan dan kemuliaan seorang perempuan?

Walaupun Islam membolehkan seorang lelaki berkahwin lebih dari seorang dengan syarat yang ketat,bukan bermakna perempuan tidak ada hak untuk menolak lamaran lelaki yang tidak sesuai dengan dirinya,sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah r.ah. dimana seorang perempuan datang kerumah nabi untuk mengadu kerana ayahnya mahu menikahkan dia dengan sepupunya yang menurut dia tidak sesuai dengan dirinya,maka nabipun bersabda:
قال رسو الله صلي الله عليه وسلم" لا تزوج الأيم –الثيب –حتي تستأمر ولا البكر حتي تستأذن" اخرجه البخاري ومسلم
Artinya: Jangan kamu menikahkan seorang janda sehingga meminta arahannya dan jangan menikahkan seorang gadis sehingga meminta izinnya.

Kesimpulan dari perbincangan dan pembahasan tentang perkara diatas,saya dapat mengambil kesimpulan seperti berikut :

1.Taurat,Yahudi(Umat nabi Musa a.s. membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang tanpa batas sehingga di mansukhkan pada persidangan Ulamak Yahudi dan pemansukhan tersebut dibukukan dalam ayat 54 dalam kitab undang-undang syariat yahudi,dimana kitab ini bukan wahyu yang Allah turunkan keatas nabi Musa a.s.,artinya merupakan penyelewengan yahudi terhadap kitab Taurat yang Allah turunkan keatas nabi Musa a.s.

2.Injil,keristian membolehkan poligami sebagaimana orang yahudi sehingga tahun 1750 M,mereka melarang dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada pengabdian diri kepada tuhan,khasnya golongan pendeta tidak boleh meninggalkan tanggungjawabnya di gereja hanya kerana melayani karena isteri atau anak-anak.
Mereka tidak membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang isteri tetapi seorang suami dibolehkan menyimpan beberapa perempuan.

3.Undang-undang Mano(kitab Hindu) masih membolehkan lelaki berkahwin lebih dari seorang perempuan tanpa batas bahkan seorang perempuan juga boleh mengadakan hubungan jenis dengan beberapa lelaki khasnya jika lelaki itu adik beradik dengan suaminya dan suaminya mandul.

4.Seorang penulis berbangsa Inggeris berkata,hati saya sangat tersentuh dan sedih melihat wanita-wanita yang berkeliaran ditempat orang awam menungguh lelaki yang boleh memenuhi kebutuhan mereka tanpa bertanggungjawab keatas hasil perhubngan mereka,perkara seperti ini tidak terjadi sekiranya lelaki dibolehkan berkahwin lebih daripada seorang isteri.
Dengan cara juga , hilanglah perempuan jalanan bahkan terangkatlah perempuan ketampat yang lebih mulia dan terhormat menjadi suri rumah yang betanggungjawab menjaga suami dan mendidik anak-anak mereka.

5.Islam membolehkan poligami, untuk menyelasaikan perkara yang dihadapi lelaki dan perempuan yang lebih ramai dengan syarat utama adalah keadilan yang berkaitan dengan keduniaan(harta benda).
Oleh sebab itu bukan semua suami boleh berkahwin lebih daripada seorang perempuan kerana tanggungjawab dan pengorbanan lebih besar itu didunia belum lagi diakhirat yang nabi ingatkan dan war-warkan kepada lelaki sebagaiman sbadanya:
ويقول الرسول صلي الله عليه وسلم" من كانت عند امرأتان فلم يعدل بينهما جا ء يوم القيامة
وشقه ساقط" رواه النسائي والترمذي وابن ماجه والدارمي واحمد ز

Maksudnya ,Sesiapa yang mempunyai dua(2) isteri tetapi tidak belaku adil,maka diakhirat dia berjalan dengan keadaan senget (pundaknya tinggi sebelah” di riwayatkan oleh al-Nasae.

6.Musuh-musuh Islam hanya membangkitkan pernikahan nabi Muhammad s.a.w. kerana dengki dan hasad mereka keatas diri dan asal nabi s.a dari bangsa Arab keturunan nabi Ismael(Arab), dan mereka tidak membangkitkan pernikaha nabi-nabi sebelumnya kerana mereka adalah dari keturunan nabi Ishaq.(Israil)

المراجع والمصادر :

1- القرءان الكريم
2- الحديث النبوي
3- تحرير المرأة من اوهام المتجاهلين، للدكتور محمد عمارة
4- تعدد الزوجات وحكمته في الإسلام، للدكتور جمعة الخولي
5- محمد رسول الله ، إيتين دينية وسليمان إباهيم ترجمة ، د عبد الحيلم محمود
6- حقوق النساء في الإسلام ، لرشيد رضا
7- مكانت المرأة في اليهودية والنصرانية ، اللواء عبد الوهاب
8- سفر التكوين 35: 23-26
9- سفر العدد 3: 30
10- القضاة : 8 – 3- 31 عن المرأة في اليهوية والمسيحية والإسلام ، لزكي ابو عضة

BUKTI-BUKTI AL-QURAN TIDAK DIUBAH –

Musuh-musuh Islam menganggap kitab suci al-Quran sudah banyak dibuang atau ditukar ganti khasnya semasa pengumpulan dan penulisan al-Quran dizaman Khalifah Uthman bin Affan r.a.mereka menuduh beliau membakar semua tulisan yang tidak sesuai dengan pemikiran atau pandangan beliau,oleh sebab itu banyak ayat-al-Quran dibuang atau diubah,

Persoalan yang timbul, Apakah pendapat seperti ini betul? Boleh ke kita menjawab persoalan diatas menggunakan angka yang tidak boleh ditolak oleh musuh-musuh Islam?

Untuk menjawab persoalan diatas saya tidak menggunakan kata-kata atau perasaan dari segi bahasa,tetapi saya akan menggunak angka, khasnya angka tujuh(7) yang tidak dapat disangka apalagi ditolak samaada orang jahil apalagi orang bijak pandai.

Jika kita merujuk dan mengamati bilangan ayat-ayat,surah-surah ,kalimat-kalimat serta huruf-huruf al-Quran,kita akan mendapati tersusun rapi sehingga tidak boleh diubah atau ditukar dari tempat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.apalagi dihilangkan,sebagaimana firman-Nya:

قال الله تعالي " لاياتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد " فصلت 42
Mafhumnya, Taidak ada yang akan membatalkannya(al-Quran) dari hadapannya atau dari belakangnya,ia diturunkan dari Allah yang Maha bijak lagi Maha terpuji. Ia merupakan bukti yang nyata dimana Allah taala yang menjaga dan memeliharanya ,sebagai bukti firman-Nya

قال الله تعالي " إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحفظون " الحجر 9
Artinya,Sesungguhnya Kami telah menurunkan peringatan(al-Quran) dan sesungguhnya Kami memeliharnya .

Cara yang terbaru untuk membuktikan keMu,jizatan al-Quran tidak diubah samaada diatambah atau dikurangi dengan cara menggunkan angka 7.
Pembaca yang budiman coba amati susunan huruf,ayat,kalimah dan surah dalam al-Quran,anda akan mendapati terhasil dari angka 7 atau gandaan dari angka7.

1. Kita mulai hubungan antara ayat al-Qura yang berjumlah 6236 dengan tahun turunnya selama 23 tahun dengan menggunakan pormat seperti :
Al-Quran mengandungi 6236 ayat dan turun selama 23 tahun dengan menyusun angka diatas kita buat dari kiri kekanan iaitu 33748x7=236236 ini tahun turunya +jumlah ayat,manakal dari kanan kekiri iaitu 90376x7=632632, kedua-dua cara diatas tetap menggunakan angka7

2.Hubungan Surah 114 dengan tahun turunnya al-Quran 23 tahun
caranya 3302x7 =23114 dari kiri kekanan sebaliknya pula kita buat 5876x7=41132, tetap berakhir dengan gandaan angka7

3. Hubungan Kalimah pertama(1) dalam al-Quran dengan Kalimah terakhir.
Kalimah pertama dalam al-Quran adalah بسم yang berulang 22x dalam al-Quran,manakala kalimah terakhir adalah الناس yang berulang 241x dalam al-Quran,cara menyusun angka diatas seperti 24122 =3446x7, masih kekal 7.

4.Hubungan antara awal ayat بسم الله الرحمن الرحيم akhir ayat من الجنة والناس angka huruf dalam awal ayat 6643=949x7,manakala angka huruf akhir ayat adalah 5152=736x7 masih kekal angka7

5.Hubungan antara awal Kalimah turun اقرأ dan akhir kalimah turun لايظلمون
kalimat pertama berulang sebanyak 3x dalam al-Quran kalimah terakhir pula berulang sebanyak 15x maka kita susun angka diatas menjadi 315=45x7

6.Hubungan awal Surah (Fatiha)1 dan akhir Surah al-Nas 114 kita susun angka diatas menjadi 1141=163x7.

Semua cara-cara yang telah saya kemukakan diatas tetap menggunnkan angka7 tanpa ada tinggal,ini menunjuk dan membuktikan al-Quran sejak Zaman nabi s.a.w. hingga sekarang tidak ada perubahan samaada kurang atau lebih,kenapa tidak,kerana Allah sendiri yang menjaganya sebagaimana firman-Nya:
تصديقا لقوله تعالي " انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحفظون"

DUF 2223 - FALSAFAH DAN AKHLAK

Minggu 1 :
-Definisi Falsafah asal usul Falsafah dan pembahagian falsafah
-Definisi
-Akhlaq
-Sumber Akhlaq
-Pengaruh Falsafah

Minggu 2 :
-Ruang lingkup Falsafah
-Konsep manusia menurut Falsafah
-Hati,‘Qkal dan Nafs dalam Falsafah
-Tingkat Nafsu dalam Falsafah
-Perbenrsihan jiwa megikut al-Quran

Minggu 3 :
-Perkembnagan falsafah Yunan dan falsafah Islam
-Sukrato
-Plato
-Dikarat
-Sofstaiyun

Minggu 4 :
Memperkenalkan peringkat-peringkat yang dilalui falsafah Yunan dan hubungannya dengan falsafah Islam. Hubungan falsafah dengan Agama

Minggu 5 :
Pengenalan dengan tokoh-tokoh falsafah Islam : al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rusyd, Imam al-ghazali dll

Minggu 6 :
Pengaruh falsafah dalam agama seperti : Hindu, Budza Kristian, Yunan dan Islam

Minggu 7 :
Akhlaq dan bahagian-bahagiannya:
Cara membersihan diri dan jiwa dari segala perkara yang dibenci oleh Allah dan pentingnya sentiasa membersihkan diri melalui Ibadah dan Zikir Allah dan lain-lain.

Minggu 8 :
Muhasabah diri dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya

Minggu 9 :
1. Konsep ma’rifah dikalangan falsafah
2. Konsep tuhan cahaya
3. Tokoh
4. Aristo
5. Planto

Minggu 10 :
Alam semester : Kejadian alam, bahagian-bahagiannya
1. Konsep al-Qadim
2. Al-Hadith dan al-Baqi

Minggu 11 :
Konsep politik bahagian, sengsara suka, duka dll
1. Tokoh
2. Plato
3. Aristo
4. Al-Kandi

Minggu 12 :
Mengenal Filoso Aristo dan pendiriannya terhadap Allah, ALam semester, Bahagian-bahagiannya

Minggu 13 :
Pengenalan dengan tokoh-tokoh Failosuf Islam
1. Al-Kandi dan teori Ma’rifah baginya
2. Pendiriannya terhadap alam semesta dll

Minggu 14 :
Pengenalan dengan Ibn Sina dan pengaruhnya dalam Falsafah Islam

Rujukan Utama
1. Lot al-Taji (Dr) Dirasat fi al-Falsafah wa al-Akhlaq, Suhajo-Qairo
2. Muhammad Abdul Hadi Abu Reda (Dr) al-Kindi wa Falsafatuh Cairo 1950
3. Yusuf Karam, Tarikh al-Falsafah al-Yunan t.t.
4. Al-Syekh Abdul Razaq, Tamhid li Tarikh al-Falasafah al-Islamiah, Cairo

Rujukan Tambahan
1. Zakaria Ibrahem Musy Kilah al-Falsafah t.t.
2. Ahmad Syalabi (Dr) Adyan al-Hindi al-Kubra, Cairo.

DUU 3213 - PERBANDINGAN ANTARA AGAMA

Minggu 1 : Mendedahkan kepada mereka asal-usul agama yang dikaji dan mengenal cara penyebarannya, seperti:
Agama hindu, perkembangannya
Kitab suci dilangan orang Hindu
Kepercayaan mereka terhadap agamanya
Perbandingan antara ajaran agama Islam dan agama hindu

Minggu 2 : Agama Budha
Sejarah perkembangan agama Budha
Kepercayaan mereka terhadap ajaran Budha
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran Budha

Minggu 3 : Agama Yahudi
Sejarah perkembangan agama Yahudi
Kitab suci dikalangan Orang Yahudi
Kepercayaan mereka terhadap agamanya
Perbandingan antara ajaran Islam dan agama Yahudi

Minggu 4 : Agama Kristian
Sejarah perkembangan agama Kristian
Kitab suci dikalangan orang Kristian
Kepercayaan mereka terhadap agamanya
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran Kristian

Minggu 5 : Agama Sikh
Sejarah Perkembangan agama sikh
Kitab suci dikalangan orang sikh
Kepercayaan mereka terhadap agamanya
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran Sikh

Minggu 6 : Agama Jiniah
Sejarah perkembangan Jiniah
Kitab suci agma Jiniah
Kepercayaan mereka terhadap agamanya
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran Jiniah

Minggu 7 : Agama Kunfusyiah
Perkembangan agama kunfusyiah
Ajaran-ajaran yang ada dalam agama kunfusyiah
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran kunfusyiah
Ciri-ciri konsep kendiri negative dan positif

Minggu 8 : Agama Takawisiah
Sejarah Perkembangan agama Takawisiah
Ajaran-ajaran yang dalam agama Takawisiah
Perbandingan antara ajaran Islam dan ajaran Takawisiah

Minggu 9 : Agama Islam
Perkembangan agama Islam
Kitab suci agama Islam
Kepercayaan orang Muslim terhadap Islam 3 Jam

Minggu 10 : Puak-puak (Firaq Islam)
Aqidah orang muslim pada masa nabi S.A.W.
Sejarah munculnya puak-puak Islam

Minggu 11 : Golongan Syiah
Sejarah perkembangannya
Kepercayaan orang Syiah
Perbandingan Aqidah orang syiah dan ahl-al-Sunnah wa al-Jamaah

Minggu 12 : Golongan Khawarij
Sejarah perkembnagn golongan Khawarij
Kepercayaan orang Khawarij
Perbandingan aqidah Khawarij dan Aqidah ahl al-Sunnah

Minggu 13 : Al-Murjiah
Sejarah munculnya golongan Murjiah
Kepercayaan mereka
Perbandingan antara Aqidah Murjiah dan ahl-al-Sunnah

Minggu 14 : Al-Mu’tazilah
Sejarah munculnya al-‘tazilah
Kepercayaan golongan al-Mu’tazilah
Perbandingan Mu’tazilah dan ahl al-Sunnah 3 Jam


Rujukan Utama
1. Abdul Aziz Saef al-Nasr (1991) Aqaed al-Nasraniah_Mesir
2. Ahmad Syalaby Dr (2000) Muqarana al-Adyan_Qairo
3. Muhammad Izzat al-Tahawy (1995) Beirut
4. Ahmad Tahir (t.t) al-Najil Dirasat Muqaranah_Qairo

Rujukan tambahan
1. Muhammad Fadl al-Rahman (1997) Islam dan Kristian di Dunia Moden Jakarta
2. Abdul Ghaffar Muhd Azir Dr. (1982) al-Din wa al-Insan_Qairo.

Lain-lain maklumat tambahan
1. Kemudahan muat turun (download) bahan yang relevan dengan mata pelajaran berkesan daripada laman web/internet dll
2. Bengkel/ Seminar / Ceramah/ Forum-Pembelajaran non-formalyang berkaitan
3. Pengajaran Mikro dan Pengajaran Makro
4. Komitmen pelajar dalam pelbagai program dan aktiviti anjuran MARSAH dan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Kemahiran Generik

DUF 2123 - DAKWAH ISLAMIAH

Minggu 1-2 :
Dakwah
• Sumber kewajipan berdakwah
• Definisi dari segi bahasa dan Istilah
• Kepentingan dan perihal dakwah
• Dakwah sebagai satu kewajipan; fardhu ‘ain, fardhu kifayah.
• Ruang lingkup dakwah.
• Amar ma’ruf nahi munkar
• Jihad
• Al-Nasihah
• Al-Islah

Minggu 3 :
Sejarah dan perkembangan dakwah Islamiyah
• Dakwah di zaman Rasulullah
• Dakwah di zaman sahabat
• Dakwah di zaman pasca sahabat

Minggu 4 -5 :
Ciri-ciri dakwah Islamiyah
• Rabbani
• Insani
• Taysir
• Takhfif
• ‘Alami
• Maslahah
• Komprehensif
• Waqi’i (Konteks)
• Tawazun
• Pendekatan kontemporari

Minggu 6 :
Rukun-rukun Dakwah
• Dakwah/ Mesej (Risalah)
• Da’ie
• Mad’u

Minggu 7 - 8 :
Method-method dakwah
Teras pendekatan al-Qur’an
• Hikmah
• Maw’izah Hasanah
• Mujadalah
• Lisan al-hal
• Kepimpinan
• Tiada paksaan
• Rasional
• Tidak ekstrim
• Keseimbangan pendekatan positif dan negatif
• Basirah (Kepekaan)

Minggu 9 :
Pelengkap pendekatan dakwah kontemporari
• Dakwah kepada Muslim
• Dakwah kepada non-Muslim; Cina, India, dsb.

Minggu 10 :
Kualiti pendakwah
• Role model
• Pendakwah sebagai sumber ilmu
• Berwawasan
• Pemikiran strategi
• Pengurusan yang cekap
• Iltizam
• Berilmu; ilmu agama dan kontemporari

Minggu 11 :
Saluran dakwah kontemporari:-
• Penulisan
• Televisyen; Filem, drama, video klip, iklan
• Radio
• Multimedia
• Internet
• Muzik/Nasyid
• Dialog
• Forum
• Sembang-sembang
• Ceramah

Minggu 12 :
Institusi dakwah
• Perkim
• Outreach
• Yadim
• Ikhwan muslimin
• MSA
• Rabitah ‘alam al-Islam
• Islamic Relief Organization of U.K. (Muassasah al-Ighathah al-Islamiyah).

Minggu 13 :
Ancaman-ancaman kepada dakwah Islamiyah
Ancaman Dalaman;
• Pendakwah yang tidak berwibawa
• Birokrasi
• Sistem pendidikan

Minggu 14 :
Ancaman Luaran
• Dakyah kristian
• Sekularisme
• Ajaran-ajaran sesat
• Gejala murtad
• Muzik popular; Black metal, heavy metal, hip hop, ragge, rap.

Rujukan Utama
1.Abdul Karim Zaydan, Usul al-Dakwah (Beirut: Dar al-Fikr).
2.Yusuf al-Qardawi, al-Sahwah al-Islamiyah bayna al-Juhud wa al-Tatarruf (Beirut: Dar al-Fikr, 1998).

Rujukan tambahan
1.Husein Abd Mun'im Muhammad, Al-Dakwah Ila llahi Ala Basirah
2.Mahmud Ali Abdul Halim, Alamiyat Al-Dakwah Al-Islamiyah
3.Al-Bahiy Al-Kholiy, Tazkirat Al-Du'at
4.Ghal Wasy, Ahmad, Fadlullah Muhammad Husein, Uslub al-Dakwah Fi al-Quran
تعريف العقيدة عند المتكلمين
موضوع علم الكلام عند المتكلمين
نشأة علم الكلام عند المتكلمين
صفات الله عند المعتزلة والأشاعرة
منهج القرءان في اثبات وحدانية الله
تنزيه الله عن مماثلة الحوادث عند المتكلمين
اثبات صفات الله تعالي ونفيه عند المتكلمين
اثبات رؤية الله وعدمه عند المعتزلة والأشاعرة
ادلة السمعية عن رؤية الله تعالي وعدمه عند المتكلمين

ادلة العقلية في جواز رؤية الله عند الأشاعرة
الفصل الثالث : أفعال العباد عند المتكلمين
افعال العباد بين الجبر والإختيار عند المتكلمين
مذاهب المتكلمين في مسألة أفعال العباد
أولا - مذهب الجبرية الخالصة
ثانيا- مذهب المعتزلة واتباعهم
ثالثا- مذهب الأشاعرة في مسألة أفعال العباد

الفصل الرابع : أفعال الله عند المتكلمين
1- مذهب أهل السنة في معني الهداية والتوفيق والإضلال والخذلان
2-مذهب المعتزلة في معني الهداية والتوفيق والإضلال والخذلان
3-بيان المذاهب في معني الختم والطبع وجعل الأكنة علي ا
-وعد الله الطائعين بالثواب ووعيده العاصين بالعقاب4
5- بيان المذاهب في معني السعادة والشقاوة والسعيد والشقي
6- الصلاح والأصلح عند المتكلمين
7- الثواب علي الطاعة عند المتكلمين
8- العقاب علي العاصي عند المتكلمين