Wednesday, May 5, 2010

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

MENGENAL ASAL-USUL SOLAT

1.SOLAT SUBUH,
Yang mula-mula melakukannya ialah nabi Adam .a.s,iaitu ketika beliau keluar dari Syurga lalu dihantar ke bumi,perkara pertama yang dilihat oleh beliau ialah kegelapan dan ini membuatkannya takut.
Apabila fajar Subuh terbit,nabi Adam terasa sedikit kelegaan lalu bersembahyang 2 rakaat,kerana:
a. Bersyukur terlepas dari kegelapan malam
b. Bersyukur kerana siang menjelma

2.DZUHUR,
Nabi Ibrahim a.s.mula-mula melakukan solat Dzuhur ,iaitu ketika Allah memerintahkan beliau agar menyembelih anaknya nabi Ismael a.s.

Perintah itu datang tatkala gelincir matahari,selepas itu nabi Iberahem sujud, kerana:
a. Bersyukur bagi penebusan anaknya
b. Dihapuskan kedukaan anaknya dan dirinya
c. Memohon keredhaan Allah
d. Bersyukur kerana qurbannya(anaknya Ismael) ditukar dengan Kibasy

3.ASAR
Nabi Yunus a.s. yang pertama melaksanakan Solat Asar,iaitu ketika Allah mengeluarkan beliau daripada perut ikan paus,yang memuntahkan beliau ditepi pantai ketika masuk waktu Asar,berikutan itu belaiau bersyukur kerana terselamat daripada ujian itu lalu solat empat rakaat,kerana:
a. Deselamatkan oleh Allah atas kesalahan meninggalakan kaumnya.
b. Kegelapan laut
c. kegelapan berada dalam perut ikan.

4.MAGHRIB
Nabi Isa a.s. adalah menusia pertama yang melakukan Solat Maghrib,iaitu ketika beliau dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohna kaumnya,ketika matahari terbenam.
Nabi Isa bersyukur dengan bersolat tiga(3) rakaat kerana :
a. Dikeluarkan dari kejahilan kaumnya
b. Menafikan ke Tuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
c. Menafikan tuduhan dan tomohan keatas Ibunya,iaitu melakukan Zina
d. Meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya Satu(1) iaitu Allah yang Maha Esa.

5.ISYAK
Nabi Musa a.s. adalah manusia mula-mula melaksanakan Solat Isyak.ketika itu beliau tersesat mencari jalan keluar dari Negara Madyan dan dalam dadanya dipenuhi keduakaan,Allah melenyapkan kedukaan itu pada waktu Isyak,lalu Nabu Musa a.s. bersolat empat(4) rakaat tanda bersyukur. Empat kedukaan itu ialah:
a. Berdukacita terhadap Isterinya yang sedang mengandung dalam keadaan gelap
b. Berdukacita terhadap saudaranya Harin a.s.kerana tidak dapat menghalang kaumnya menyembah anak lembu
c. Berdukacita terhadap Firaun dan kaumnya yang tenggelam
d. Berdukacita terhadap anak Firaun yang muslimah itu.

HUKUM DAN CARA MENGGERAK-GERAKKAN TELUNJUK DALAM SOLAT

Dibawah ini saya akan mengemukakan pandangan para Ulama, tentang cara menggerakan jari telunjuk kanan pada saat tahiyat dalam Solat.

Sekiranya kita perhatikan, Saat duduk tasyahhud dalam solat,kita akan mendapati bukan semua orang menggerakkan jari telunjuk dengan cara yang sama. Ini disebabkan kerana perbezaan Ulama, dalam memahami maksud Hadith,perbezaan ini berlaku sejak zaman Tabi,in dan Ulama mazahib fiqh.

Perbezaan ini bukan, sahnya atau tidak sahnya solat seseorang dan tidak juga menyebabkan sesatnya seseorang,kerana perbezaannya hanya dalam perkara furu, iyah, yang masing-masing mempunyai dalil hadith dari Rasulullah .SA.W.

Adapun hadith yang difahami berbeza-beza oleh Ulama, adalah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar seperti berikut:

عن ابن عمر رضي الله عنهما " ان رسول الله صلي الله عليه وسلم : اذا قعد للتشهد وضع يده اليسري علي ركبته واليمني علي اليمني وعقد ثلاثا وخمسين واشار بأصبعه السبابة " رواه مسلم .

Mafhumnya: Dari Ibnu Umar R.A.bahawa Rasulullah S.A.W.” ketika duduk untuk tasyshhud,beliau meletakkan tangan kirinya diatas lutut kirinya dan tangan kanannya diatas lutut kanannya dan membentuk angka lima puluh tiga(53) dan memberi isyarat(menunjuk)dengan jari telunjuk kanannya:”(HR Muslim)

Yang dimaksud dengan membentuk angka limapuluh tiga(53) adalah suatu isyarah dari cara menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah disebut angka tiga(3) dan meletakan ibu jari berada diatas jari tengah dan dibawah jari telunjuk.

Adapun penyebab terjadinya perbezaan pendapat dikalangan Ulama fiqah mengenai cara isyarah dengan jari telunjuk ketika tasyahhud,apakah digerakkan atau tidak(diam) saja, dan bila masa digerakkan ? kerana ada hadith yang sama dengan hadith diatas tetapi teks(matannya)ada tambahan iaitu hadith yang diriwayatkan oleh seorang sohabat namanya Wail RA, yang berbunyi:”

ثم رفع أصبعه فرايته يحركها يدعو " رواه احمد

Artinya kemudian beliau mengangkat jari telunjuknya dan menggerak-gerakkan sambil berdoa.”(RH.Ahmad)

Manakala hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Zubaer RA. :

ان النبي صلي الله عليه وسلم كان يشير بأصبعه اذا دعا لا يحركها " رواه ابوداود والنسائي.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. memberi Isyarat(menunjuk)dengan jari telunjuknya ketika beliau berdoa(tasyahhud) dan tidak menggerakkannya(HR.Abu Daud dan al-Nasai).

Dari hadith diatas para ulama,fiqah sepakat bahawa meletakkan kedua tangan diatas lutut ketika tasyahhud hukumnya adalah Sunnah, namun mereka tidak sependapat dalam hal menggenggam jari- jari dan berisyarah dengan jari telunjuk,seperti pandangan yang dikemukakan oleh : Alawi Abbas al-Maliki dalam kitab “Ibanahtul Ahkam,Syarh Bulughul Maram dan al- Juzaeri, kitab al-Fiqh Ala-Mazahib al-Arba,ah.

1- Menurut Ulama fiqah Mazhab Hanafi, mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud dilakukan pada saat membaca lafadz لااله ” Iaa Ilaha” untuk menunjukkan bahawa tidak ada Tuhan, dan meletakkannya kembali pada saat membaca lafadz”إلا الله Illa llah” untuk menegaskan dan menunjukkan ke-“Esa-an Allah”Maksudnya,ketika mengangkat jari telunjuk,berma,na tidak Tuhan yang berhak disembah,manakala ketika meletakan telunjuk berma,na ke-Esa-an Allah., ini pandangan mazhab Hanafi.

2- Mazhab Maliki, berpendapat ketika saat tasyshhud semua jari-jari tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk dan ibu jari dibawahnya lepas, kemudian menggerak-gerakkan secara seimbang jari telunjuk ke kanan dan ke-kiri.

3- Mazhab al-Syafeei, menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah,kemudian memberi Isyarat(menunjuk) dengan jari telunjuk sekali sahaja iaitu ketika lafadz الآ الله)”(Illa llah” diucapkan.

4- Mazhab Ahmad (Hamabli) menggenggam jari kelingking,jari manis dan jari tengah dengan ibu jari,kemudian memberi Isyarat(menunjuk) dengan jari telunjuk ketika lafadz (الله)“Allah” diucapkan dalam tasyahhud dan doa.

5-Manakal Syekh al-Bani dalam kitab” Sifat solat Nabi S.A.W. mengatakan bahawa menggerakkan jari telunjuk dilakukan sepangjang membaca lafadz “Tasyahhud”
وقال البيهقي : يحتمل ان يكون مراده بالتحريك الإشارة حتي لا يعارض حديث ابن الزبير .

Imam al-Baehaqiy,menerangkan bahawa maksud hadith yang menyatakan “jari telunjuk digerak-gerakkan ketika tasyshhud adalah isyarat(menunjuk) bukan mengulang-ulang gerakannya,agar tidak bertentangan hadith Ibn zubaer yang menyatakan “tidak digerakannya jari telunjuk tersebut. Hikmah memberi Isyarat dengan satu jari telunjuk ialah untuk menunjukkan ke-Esa-an Allah dan kerana jari telunjuk yang menyambung ke hati sehingga lebih mendatangkan kekhusyu,an dalam sembahyang.

No comments:

Post a Comment